Asyik bercumbu dengan aktres Sepanyol?

PELAKON Rowoon didakwa berkucupan dengan aktres asal Sepanyol, Sonia Monroy di sebuah kelab malam di Milan, Itali.

Perkara tersebut dilaporkan media Sepanyol apabila pasangan itu dilihat menghabiskan masa berdua-duaan ketika menghadiri ‘after-party’ Minggu Fesyen Milan pada September lalu.

Menerusi video yang tular, aktor berusia 28 tahun itu dilihat seronok menari bersama wanita yang lebih separuh umurnya iaitu 52 tahun.

Bagaimanapun, tiada imej ataupun video rakaman yang membuktikan pasangan itu bercium seperti didakwa pihak berkaitan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok