‘1 hari nanti anak akan besar, baca dalam internet’

Pernah berdepan kegagalan rumah tangga, pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati pasangan yang sudah bercerai agar tidak memburukkan antara satu sama lain demi kebaikan anak.

Kata Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, melondehkan keburukan pasangan bukan sahaja menjejaskan imej malah turut memberi kesan terhadap emosi anak apabila dewasa kelak.

“Jangan buka aib pasangan yang pernah kau sayang. Ingat, orang yang kau marah itu adalah bapa (kepada anak). Kalau Fattah nak bercakap apa-apa pun, itu adalah mak Fatima juga.

“Jadi berhati-hati. Jangan burukkan. Biar macam mana sekalipun, biar anak itu hormat mak ayah dia.

“Anak satu hari nanti akan besar, akan baca dalam internet apa yang mak dan bapa dia cakap tentang satu sama lain,” katanya menerusi video dalam TikTok

Bukan ‘terpaling’ mahupun berniat untuk masuk campur isu berkaitan perceraian Fattah dan Fazura, pelakon filem Polis Evo 3 itu menegaskan, pendapatnya untuk renungan mana-mana pasangan yang menghadapi kemelut sama.

“Aku tak nak komen tentang kesusahan orang. Kalau dah rasa tak boleh hidup sama, baguslah.

“Bawa hal masing-masing. Ingat, apa yang kita buat hari ini. Tuhan akan tunjuk balik apa yang kita selindung selama ni.

“Tapi alhamdulillah, masa aku cerai dulu tu aku boleh sabar. Yang penting niat kita adalah anak. Jangan buka aib orang, kalau Tuhan buka aib kau macam mana,” tegasnya.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak selebriti, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, 7. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok