NAK wang hantaran tinggi, kena pandai buat kerja rumah.”
Demikian pesanan pelakon Rozita Che Wan kepada anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, 10, mengenai kepentingan mempelajari asas ilmu rumah tangga sebagai seorang wanita.
Menurutnya yang mesra disapa Che Ta, seorang wanita perlu mengetahui asas ilmu rumah tangga selain harus berdikari.
“Nak duit hantaran tinggi perlu cerdik dan pandai buat kerja rumah, tahu semua, macam mummy.
Cari duit pun pandai macam mak awak ini. Jangan tahu nak melawa pakai gincu merah sahaja.
“Perlu pandai mengaji dan solat jangan tinggal,” katanya dalam sebuah video.
Tambah Che Ta, duit hantaran perkahwinan Aaisyah berkemungkinan mencecah RM900,000 dan melebihi jumlah yang pernah diterima sebelum ini daripada suami tercinta, Zain Saidin.
Kalau dulu mummy terima wang hantaran RM93,000, Aaisyah nanti kena RM900,000.
“Kalau pegang senduk pun tak reti, jadi anak dara tua nanti. Tapi Aaisyah hebat bukan?” katanya lagi.
Che Ta berkata demikian selepas Aaisyah memberitahu tindakannya mencuci pinggan adalah antara cara untuk menerima jumlah wang hantaran tinggi satu hari nanti.
“Basuh pingganlah mummy.
Kita nak hantaran tinggi-tinggi, kena basuh pinggan banyak-banyak,” ujarnya.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut selain menyifatkan Aaisyah rajin membuat kerja rumah meski baru berusia 10 tahun.
Bagus Che Ta didik anak perempuan, memang perlu tahu buat kerja rumah.
“Suka pesanan Che Ta mengenai perlu pandai mengaji dan solat. Aaisyah pun bagus sebab rajin tolong mummy,” komen netizen.
Selain Aaisyah, Che Ta turut mempunyai dua lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. – HIBGLAM