V, J-hope tinggalkan kem demi IU

BIARPUN masih dalam perkhidmatan tentera, anggota kumpulan BTS iaitu V dan J-Hope tidak melepaskan peluang menghadiri konsert IU.

Ini menunjukkan V dan J-hope sangat menjaga persahabatan mereka bersama IU sehingga sanggup hadir ke konsert berkenaan.

Konsert penutup untuk konsert jelajahnya 2024 IU Hereh World Tour Concert Encore: The Wining yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Seoul merupakan persembahan mega ke-100 dalam kerjaya IU.

Pencapaian tersebut menunjukkan rekodnya sebagai penyanyi wanita pertama yang menganjurkan konsert solo di stadium terbesar di Korea Selatan.

Pencapaian tersebut jugalah mendorong V dan J-Hope tidak mahu melepaskan momen terindah yang dirakam rakan baik mereka itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok