‘Tunggu, saya akan umum bila dah sah’

“APA-APA pun doakan saya.”

Demikian respons pelakon Datin Atikah Suhaime mengenai spekulasi kehamilannya selepas mendedahkan mengalami alahan teruk.

Atikah atau Nur Atikah Mohd. Suhaime, 33, berkata sekarang bukan masa sesuai untuk berkongsi apa-apa berita kerana bimbang pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Buat masa sekarang belumlah (kongsi kehamilan). Takut jadi apa-apa.

“Nanti dah betul-betul disahkan, baru saya akan buat pengumuman secara rasmi,” katanya ketika dihubungi kepada Kosmo! Online.

Baru-baru ini, pelakon asal Singapura itu mengakui tidak boleh menjamah makanan yang mengandungi bawang kerana boleh mengakibatkan rasa mual.

Dia juga hanya boleh makan hidangan Itali yang diberi nama ortabello mushroom focaccia sandwish.

Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok