Tayang perut, Deepika Padukone tidak guna khidmat ibu tumpang

BINTANG terkenal Bollywood, Deepika Padukone, 38, akhirnya mendedahkan perutnya yang kini sedang sarat menanti kehadiran anak sulungnya bersama aktor, Ranveer Singh.

Menerusi hantaran terbaharu Deepika dalam akaun Instagram, dia berkongsi beberapa keping foto ‘maternity shoot’ yang mempamerkan perutnya tanpa dilitupi pakaian.

Sebelum ini kecoh apabila pelakon filem Om Shanti Om ini dikatakan memalsukan kehamilannya.

Netizen menuduhnya memakai perut palsu dan menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat.

Gaya berjalannya juga dikritik sangat ‘over’ bagi seseorang yang sedang hamil.

Terima kasih kerana berkongsi foto-foto ini dan menutup mulut busuk netizen yang mempersoalkan kehamilan kamu.

“Saya pasti kamu tidak membiarkan perkara itu mengganggu kehamilan kamu. Saya gembira kamu berkongsi foto-foto ini,” komen salah seorang netizen dalam hantaran tersebut.

Di manakah anda yang menuduh Deepika memalsukan kehamilannya? Foto ini merupakan satu tamparan kepada anda yang selama ini bercakap buruk tentangnya,” komen seorang lagi netizen.

Antara selebriti terkenal yang dilihat memberikan tanda suka dengan meninggalkan emoji hati pada gambar tersebut ialah Vin Diesel, Katrina Kaif, Priyanka Chopra, Jacqueliene Fernandez dan ramai lagi.

Deepika dijangka melahirkan bayi sulungnya pada 28 September depan.

Ada ura-ura mengatakan dia bakal menimang bayi lelaki kerana dilihat membeli riben berwarna biru untuk sebuah acara baru-baru ini.

Terdahulu Deepika mengumumkan dia sedang hamil anak pertama pada 29 Februari lalu menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Deepika dan Ranveer berkahwin di Tasik Como, Italy pada tahun 2018 selepas enam tahun berpacaran. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok