Tahniah! Siti Saleha menang trofi Bintang Asia Terbaik

Hasil lakonan hebat dalam drama SeOfis, pelakon Siti Saleha dinobatkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik pada  Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 semalam.

Menurut pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum, 34, kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi momen indahnya seorang tetapi satu pencapaian istimewa buat tanah air sendiri.

“Anugerah ini adalah milik kita Malaysia,” katanya ringkas dalam Instagram.

Sementara itu, dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah selain berbangga dengan pencapaian yang mengharumkan nama negara itu.

“Tahniah Saleha! Malaysia bangga dengan awak.

“Alhamdulillah, Saleha dan Malaysia mendunia di bumi Korea!” komen netizen bangga.

Untuk rekod, Saleha dicalonkan dalam kategori Bintang Asia Terbaik menerusi drama siri asal berjudul SeOfis yang disiarkan dalam platform digital Tonton.

Menerusi kategori tersebut, aktres berkenaan berjaya menewaskan lima lagi persaingan termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok