Sudah 10 tahun Ji-won, Yeon-seok bercinta?

KHABAR angin Kim Ji-won dan Yoo Yeon-seok menjalin hubungan cinta hangat diperkatakan sekali lagi.

Ini kerana tiada laporan mengenai perpisahan dua bintang itu selepas sekian lama kenal.

Pada 21 September 2015, Ji-won dan Yeon-seok dikatakan jatuh cinta lokasi selepas membintangi filem Horror Stories.

Namun, agensi mereka menegaskan dua pelakon itu sekadar berkawan baik dan rakan sekerja.

Bagaimanapun, ada saksi mendedahkan pasangan itu keluar temu janji pada Mac 2006 dan menikmati momen mesra bersama.

Ji-won dan Yeon-seok sekali lagi menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan tiada istilah cinta kerana mereka ditemani pengurus masing-masing ketika menikmati makan malam.

Pada 2019, bertebaran spekulasi mereka berpisah selepas tujuh tahun bercinta tetapi ada netizen mendakwa melihat pasangan itu masih keluar bersama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok