Sokong apa dia buat, itu lagi bengap – Caprice

Isu eksplotasi terhadap kanak-kanak yang tidak berpenghujung mendorong penyanyi dan penceramah bebas Caprice menggerakkan kempen membantu mangsa menerusi media sosial.

Kata Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, masyarakat masih tidak cakna serta sukar menyedari tentang ‘sexual grooming’ atau pengantunan seksual mahupun gangguan kepada golongan yang perlu dilindungi ini.

“Kempen kami baru sahaja bermula. Insya-Allah kami akan lakukan yang terbaik.

Tolong periksa dengan anak kalian hari ini. Kalau anak kalian pernah ada pengalaman pelik, hubungi kami.

“Kami akan bantu kumpul bukti sebelum bertindak. Anda boleh hubungi kami, beri nama, bagi ringkasan dan nombor telefon,” tulisnya dalam Insta Story.

Sebelum ini Caprice memberi peringatan mengenai sikap sambil lewa golongan ibu bapa berkaitan kesedaran memuat naik video atau gambar anak mereka yang mengundang mesej berbaur sensual kepada pedofilia.

Ini dicetuskan isu kanak-kanak yang dijadikan konten dalam media sosial apabila eksploitasi, diabaikan dan dianiaya secara terbuka namun tetap dianggap tidak salah oleh golongan tidak peka.

Kata Caprice, dia tidak kisah mengenai keputusan yang bakal dihadapi pelaku tetapi mahu melaksanakan tanggungjawab agar semua pihak cakna mengenai hal ‘grooming’.

Bebas tak semestinya tidak buat salah. Saya tak kisah pasal dia bebas tapi salah tetap salah. Lagi seram, orang tetap sokong apa dia buat. Itu lagi bengap,” ujarnya dalam hantaran berasingan.

Sebelum itu Caprice juga bapa kepada seorang anak menyelar ibu bapa yang secara terang-terangan menyokong individu yang mengeksploitasi kanak-kanak.

Menurutnya lagi, generasi muda di Malaysia semakin tidak selamat apabila wujud kelompok yang memberikan sokongan melulu terhadap orang yang mempergunakan kanak-kanak dengan alasan tidak masuk akal.

Selain isu kanak-kanak, Caprice yang sememangnya lantang memperjuangkan nasib golongan teraniaya turut aktif menyuarakan isu kemanusiaan menerusi badan bukan kerajaan (NGO) Munafik Hunter. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok