SIAPA sangka penyanyi yang digelarkan dengan panggilan penyanyi kampung atau disebut ‘leman’ kini berjaya membuat persembahan di pentas antarabangsa.
Menghiburkan peminat di Perth, Australia kejayaan Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana itu dapat mengukuhkan portfolionya sebagai anak seni.
Malah, peminat Nana turut berbangga dengan pencapaian artis kesayangan mereka yang mendapat tempat di luar negara.
Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila ada golongan memperkecilkan kejayaan Nana dan menyifatkannya seperti ‘show kampung’.
Tidak baik berkata begitu kerana setiap orang ada rezeki masing-masing dan apa yang dicapai sekarang ini merupakan usaha keras Nana selepas berjaya membuat kemunculan semula selepas program Gegar Vaganza musim kedua.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Nana dan semoga kerjaya seninya terus cemerlang pada masa hadapan.
Diva: Wah, Muaz Zabir dan Bella Astillah berpakaian sedondon