Sihyeon cedera buku lali

MALANG tidak berbau, anggota kumpulan CSR, Sihyeon terpaksa direhatkan buat sementara waktu daripada menjalani sebarang aktiviti seni selepas mengalami kecederaan pada buku lali.

Berita tersebut dimaklumkan pengurusnya yang mendedahkan Sihyeon sedang mendapatkan rawatan di hospital dan meminta semua peminat mendoakan agar idola berusia 25 tahun itu segera sembuh.

“Sihyeon kini berada di hospital untuk rawatan kerana kecederaan buku lali, dia mengalami kesukaran untuk menari dan perlu berehat panjang.

 “Dia telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti seni September ini demi memberi tumpuan kepada pemulihan dan rawatan. 

“Minta semua peminat mendoakan yang terbaik,” jelasnya menerusi satu kenyataan rasmi. HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok