Saya sendiri pilih berpisah – Aisyah Hijanah

PEMPENGARUH media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu.

Aisyah atau nama lengkapnya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Memetik laporan sebuah portal, Hijanah berkata, perkara tersebut merupakan ujian berat buat dirinya selain meminta agar khalayak mendoakan yang terbaik buat dirinya sekeluarga.

“Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai). Doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya.

Aisyah bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan itu malah menegaskan tindakan tersebut merupakan pilihannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Saya tak nak berkongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan orang ramai.

“Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” katanya.

Usaha Kosmo! Online menghubungi Aisyah tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan dan mesej.

Aisyah dan Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, berkahwin pada 25 November 2017.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif dan Safiyyah Hijanah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok