DATANGLAH walau berjuta kali pun, pasti akan mendapat sambutan ‘menggila’ daripada peminat di Malaysia.
Situasi itu dapat dilihat apabila pelakon Korea kesayangan ramai, Lee Min-ho membuat kemunculan di sini baru-baru ini.
Pelbagai reaksi peminat dapat disaksikan dalam media sosial. Ada yang seperti terkena histeria ketika melihat Min-ho depan mata, terdapat juga persis pelari pecut di lapangan terbang semata-mata mahu merakam wajah artis kegemaran mereka itu.
Paling mencuit hati apabila ada pula berseloroh mahu melelong semua barang yang pernah disentuh bintang drama Boys Over Flowers itu.
Geli hati baca komen netizen dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik seorang individu dikenali sebagai @mollyaff baru-baru ini apabila mahu menjual kerusi yang pernah diduduki Min-ho, bekas makanan dan minuman serta udara juga!
“Min-ho tak mahu jual juga ke? Kalau ada, saya nak beli.
“Bekas tapak kasut dia ada tak? Berminat juga nak dapatkan.
Bekas nafas dan tilam dia tidur ada tak? Banyak betul nak kena beli,” gurau netizen.