“DEDIKASI yang ditunjukkan Sam sangat mengagumkan.”
Itu kata pelakon Datin Seri Zizie Izzete yang memuji sikap profesional adiknya, Shaheizy Sam yang sanggup menaikkan berat badan demi tuntutan kerja.
Zizie atau nama lengkapnya Zizie Izette Abdul Samad, 44, juga yakin adiknya mampu menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran kelak.
Ramai yang melihat transformasi Sam betul tak? Ini adalah untuk watak terbaharu dalam filem lakonannya di mana dia perlu menambah berat badan.
“Dia (Sam) sangat komited dengan watak yang diberikan, jadi saya yakin dia akan berjaya menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem tersebut,” katanya menerusi InstaStory.
Dalam perkongsian itu, Zizie turut memuat naik foto terkini Sam yang dilihat sedang duduk di atas kerusi dengan penampilannya yang semakin berisi.
Difahamkan, aktor berusia 42 tahun itu sedang menjalani filem Badak bersama aktor berkaliber Wan Hanafi Su.
Sebelum ini, Sam pernah berdepan kenaikan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) ketika pandemik Covid-19.
Tidak lama selepas itu, dia kembali berotot dan mendapatkan semula bentuk badan lama untuk menjalani penggambaran filem Polis Evo 3. – HIBGLAM