Rumah mewah Hye-kyo jadi bualan

KEDIAMAN mewah pelakon Song Hye-kyo kini menjadi bualan hangat peminat di Korea Selatan.

Semuanya bermula selepas Hye-kyo memuat naik beberapa gambar sedang meluangkan masa bersama rakan-rakan di rumah baharunya itu.

Selain rumah, netizen turut bercakap tentang nilainya yang dibeli dengan harga 19.5 bilion won (RM61 juta) itu.

SONG HYE-KYO bersantai di satu ruang rumah agamnya.

Difahamkan, nilai itu telah meningkat sebanyak 6 bilion won (RM18 juta) dalam tempoh tiga tahun.

Perkara tersebut sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan pelakon drama The Glory itu sebagai selebriti Korea paling kaya dengan nilai hartanah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok