RM santuni pesara tentera

SEMPENA menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 September lalu, ketua kumpulan BTS, RM murah hati menderma RM320,000 kepada tentera berstatus warga emas.

Sumbangan tersebut juga untuk menyokong Kempen Penghargaan Perkhidmatan Beruniform Kementerian Hal Ehwal Warga Emas.

Ujar idola berusia 30 tahun itu, terlalu banyak jasa yang telah ditabur wira negara untuk melindungi tanah airnya daripada dijajah dan merasakan dirinya sebagai rakyat perlu menyumbang semula.

“Saya berharap sumbangan kecil ini dapat membantu semua pesara tentera yang mendedikasikan diri kepada tanah air dan telah bekerja keras menjaga keamanan negara.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ARMY (nama kelab peminat) yang sentiasa menyokong karier saya sehingga mampu menyumbang semula kepada masyarakat dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok