PELAKON cantik Risteena meluahkan rasa kecewa apabila dirinya kerap menjadi mangsa individu bersikap jelik dengan menghantar mesej berbaur lucah kepadanya dalam media sosial.
Bukan kali pertama, Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Ilya, 35, meminta pelaku sentiasa mengingati Tuhan sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh.
Sebenarnya, sudah banyak kali saya menerima mesej lucah dan pelik-pelik daripada orang yang berbeza.
“Sudah akhir zaman, ingat Allah SWT ya,” katanya dalam sebuah hantaran InstaStory.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi, Risteena menolak pelawaan tersebut dan meminta individu itu tidak lagi mengganggunya.
You can get lost (awak boleh pergi berambus),” ujar Risteena kepada individu berkenaan.
Menerusi perkongsian tersebut, Risteena dilihat menerima beberapa direct mesej (DM) daripada seorang individu dipercayai lelaki yang menawarkan sejumlah wang bagi menarik perhatiannya.
Tawaran tersebut meminta Risteena menemaninya melakukan perkara tidak senonoh menerusi panggilan video.
Saya ingin tawarkan sesuatu tetapi benda kurang baiklah. Nak ajak ‘video call’ sebenarnya, teman ‘ehem-ehem’, cuma tengok sahaja bukan buat sekali.
“Saya bayar RM3,000 untuk sekali panggilan video. Tapi ini rahsia antara kita.
Serius ini, saya naikkan kepada RM7,000. Cuma tengok sahaja tau RM10,000,” kata individu tersebut. – HIBGLAM