Rajin Ira Kazar layan netizen

SELAGI belum tamat cerita perceraian Ira Kazar dan Syamsul Yusof, selagi itulah kisah mereka terus menjadi bahan bualan ramai.

Paling mencuri perhatian ketika ini pastinya gelagat Ira yang ‘rancak’ berswafoto dalam media sosial.

Bukan itu sahaja, dia turut memenuhi permintaan segelintir netizen tentang cara menggayakan tudung seperti dipakainya sebelum ini. Rajin betul dia ‘melayan’ sekarang.

Mungkin itu cara untuk mengubat hati yang lara, siapa tahu?

Dalam masa sama, ada juga yang meminta Ira meneruskan konten masakannya yang pernah tular sebelum ini seperti masakan sambal sotong. Yums! Sekurang-kurangnya dapat juga jana pendapatan menerusi media sosial, pasti ramai yang akan menonton.

Apa pun, harap kes perceraiannya dengan Syamsul berakhir dengan baik dan tiada drama yang memeningkan kepala.

DIVA: Sebak baca luahan Datuk Yusof Haslam yang kasihan melihat Syamsul hadir ke mahkamah seorang diri.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok