Rahsia identiti bakal isteri, Young-joon kahwin Oktober

SEKIAN lama bercinta, pelakon Choi Young-joon bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati pada Oktober depan.

Berita gembira terbabit diumumkan agensinya iaitu Ace Factory bahawa aktor berusia 44 tahun itu bakal mengadakan majlis secara privasi.

“Choi Young-jun akan mengadakan majlis perkahwinan pada 20 Oktober depan dengan kekasih hatinya.

“Majlis tersebut akan diadakan secara tertutup di Seoul, Korea,” kata wakil agensi dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, pihak agensi tidak memperincikan identiti bakal isteri pelakon drama Romance in the House itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok