Menangis gembira BigBang ‘bersatu’

BARU-BARU ini, penyanyi Taeyang menjayakan konsert solo The Light Year di Seoul, Korea Selatan.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila dua ahli BigBang iaitu Daesung dan G-Dragon membuat kejutan menyampaikan lagu We Like 2 Party Bersama Taeyang.

Dalam masa sama, G-Dragon turut berduet dengan Taeyang menerusi lagu Good Boy.

Malah, Taeyang mendedahkan persembahan tersebut berlaku secara spontan atas pelawaannya di belakang pentas.

Reunion berkenaan membuat peminat BigBang menangis kegembiraan kerana tidak menyangka dapat menyaksikan persembahan mereka lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok