Meluat tengok Hyuna tayang bakal suami

TERLALU terbuka berkongsi kemesraan dengan teman lelaki dalam media sosial, penyanyi Hyuna dihujani pelbagai komen negatif.

Bukan sahaja meluat melihat kemesraan dipamerkan, peminat juga tidak merestui pilihan Hyuna untuk berkahwin dengan bakal suaminya iaitu Yong Jun-hyun.

“Meluatnya tengok dua ni, kasihan Hyuna masih mabuk dengan cinta jantan tak guna,” komen netizen.

“Entah apa yang Hyuna tengok pada lelaki itu, dia tidak tahukah latar belakang Jun-hyun macam mana,” demikian komen netizen yang lain pula.

Menurut satu laporan, pelantun lagu Bubble Pop dan jejaka pilihannya itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 Oktober depan.

Sejak dari situ, idola berusia 32 tahun itu dilemparkan bermacam kejian, termasuk teman lelakinya dikaitkan dengan kes jenayah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok