Meletup Nabila, Leona bergabung!

TIADA siapa pernah menyangka bahawa Nabila Huda atau Abil dan Kasih Iris Leona mampu menjadi regu atau gabungan yang menarik!

Demikian yang dapat menggambarkan keserasian mereka selepas tular beberapa video memaparkan Leona dan Abil muncul menari bersama.

Difahamkan, gandingan mereka adalah untuk sebuah program hiburan iaitu Buka Kedai dan menjalani rakaman di Jepun baru-baru ini.

Kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat mereka lebih-lebih lagi perangai ‘gila-gila’ Abil.

“Gabungan menjadi, Abil ‘masuk air’, Leona pula jenis layan sahaja.

“Sejak dengan Leona, Abil sudah semakin bagus bermain TikTok, suka tengok.

“Ini gabungan yang kami mahukan! Abil memang tak tua-tua ke, cantik!” puji netizen. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok