Mangsa ‘deepfake’, Twice buru pelaku

KENJADI mangsa penyebaran video ‘deepfake’, kumpulan Twice bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab  yang menyunting wajah mereka dengan memaparkan aksi seksual.

Agensi Twice, JYP Entertainment dalam satu kenyataan menyebut, perkara tersebut boleh diklasifikasikan sebagai jenayah seksual yang menjejaskan reputasi artis mereka.

“Kami sangat prihatin dengan penyebaran video deepfake baru-baru ini melibatkan artis kami iaitu Twice.

“Tindakan ini telah pun melanggar undang-undang secara terang-terangan dan kami sedang mengumpul bukti untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami tak akan berdiam dan akan mencari pelakunya sampai ke lubang cacing,” tegasnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok