Ledakan kontroversi Bintang Korea

SETIAP hari pasti ada sahaja gosip bertebaran mengenai artis tidak kira sama ada berkaitan kerjaya, kehidupan peribadi mahu pun terjebak isu negatif.

Berita panas itu sentiasa dinantikan netizen dan menjadi perdebatan hangat dalam media sosial.

Kali ini, Daebak menyenaraikan beberapa kotroversi bintang terkenal Korea Selatan yang paling hangat diperkatakan sepanjang tahun ini.

Jenayah seksual Taeil 

PADA 28 Ogos lalu, SM Entertainment mengumumkan penyingkiran Taeil daripada kumpulan NCT.Tindakan itu diambil susulan Taeil, 30, didakwa melakukan kesalahan jenayah seksual yang kini masih dalam siasatan.

Polis turut mendedahkan penyanyi itu disiasat sejak Jun lalu dan mangsa mendakwa diganggu sejak enam tahun lalu.

Cinta tiga segi Han So-hee, Ryu Jun-yeol, Hyeri

MAC lalu, pelakon Han So-hee dan Ryu Jun-yeol terlibat dalam kontroversi temu janji yang turut melibatkan bekas teman wanita aktor itu, Hyeri.

Ramai sedia maklum pelakon Hyeri dan Jun-yeol bercinta pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama drama Reply 1998.

Namun, hubungan mereka berakhir pada November 2023.

Empat bulan kemudian, So-hee dan Jun-yeol dilihat bercuti bersama di Hawaii serta timbul spekulasi aktres itu menjadi punca perpisahan Jun Yeol dan Hyeri.

So-hee menafikan tuduhan terbabit malah secara terbuka menyerang Hyeri sementara Jun-yeol memilih untuk terus berdiam diri.

Akhirnya, So-hee dan Jun-yeol berpisah selepas dua minggu mengesahkan hubungan mereka kepada umum.

Jennie Blackpink merokok

JULAI lalu, tular video anggota Blackpink iaitu Jennie menghisap rokok elektronik dalam kediaman ketika berada di Capri, Itali.

Mengikut undang-undang negara itu, merokok di ruangan tertutup merupakan satu kesalahan.

Lebih teruk, pemilik nama lengkap Jennie Kim, 28, dikritik kerana merokok berdekatan dengan pekerjanya semasa mereka sedang melakukan kerja.

Pelakon drama The Idol itu kemudian bertindak memohon maaf dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensinya, Odd Atelier.

Bacaan alkohol tinggi Suga BTS

PADA malam 6 Ogos lalu, Suga terjatuh dari skuter elektrik yang ditunggangnya di luar kompleks mewah Nine One Hannam yang terletak di Hannam-dong.

Polis kemudian mengiringi pemilik nama sebenar Min Yoon-gi itu ke balai polis berdekatan apabila mendapati tahap bacaan alkohol dalam darahnya melebihi had undang-undang.

Media Korea melaporkan siasatan terhadap anggota kumpulan BTS itu telah berakhir dan kes itu akan diserahkan kepada pendakwa raya pendakwa raya tidak lama lagi.

Haechan NCT, Johnny NCT tiduri wanita?

JUN lalu, penyanyi Haechan dan Johnny dituduh tidur dengan tiga wanita yang mana dua daripadanya merupakan peminat kumpulan NCT.

Khabar angin tersebut tular dalam aplikasi X apabila seorang individu memuat naik beberapa foto dengan mendakwa Haechan, Johnny dan tiga wanita itu berada dalam sebuah bilik hotel seolah-olah menjalankan aktiviti pelacuran.

Kedua-dua ahli kumpulan NCT itu juga dikatakan mengambil dadah ketika kejadian.

Bagaimanapun, pihak agensi NCT iaitu SM Entertainment menafikan tuduhan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok