Krystal didesak jauhi Ryu Jun-yeol

Tidak berkesudahan, nama pelakon Ryu Jun-yeol kembali meledak dalam media sosial apabila dilihat hadir ke Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat bersama anggota kumpulan f(x), Krystal.

Semuanya tercetus gara-gara video dan foto mesra dua idola terkenal itu mula tular dalam media sosial sehingga mencetuskan rasa bimbang peminat yang mahu Krystal menjauhkan diri daripada Jun-yeol.

Bukan itu sahaja, peminat juga tidak merestui hubungan mereka, malah bakal memboikot pasangan itu sekiranya mereka bercinta.

“Krystal, adakah berbaloi awak keluar dengan lelaki yang tak boleh mengaku hubungannya atau berjuang untuk awak. Orang lain sudah kena, kami tidak mahu awak menjadi mangsa seterusnya,” komen seorang peminat.

“Jauhi ‘jantan tak guna’ itu, percayalah dia bukan lelaki terbaik untuk awak Krystal,” demikian komen seorang lagi netizen.

Kejohanan yang diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan Billie Jean King di New York pada Isnin lalu turut dihadiri penyanyi Taylor Swift dan teman lelakinya, Travis Kelce.

Pada Mac lalu, nama Jun-yeol panas apabila hubungannya dengan aktres Han So-hee berakhir dengan perpisahan selepas dua minggu percintaan mereka dihidu peminat.

Paparazi berjaya merakam foto mereka bercuti di Hawaii sebelum So-hee tampil mengesahkan perkara itu, namun Jun-yeol pula sebaliknya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok