Enggan berbalah, pelakon Diana Danielle berharap rakyat Malaysia bersetuju dengan kenyataan orang Indonesia bahawa makanan mereka lebih bagus.
Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, secara sinis memaklumkan enggan berbalah dengan individu yang tidak boleh mendengar fakta selain sentiasa mahu menang.
“Boleh tak kita setuju sahaja dengan mereka dan teruskan kita macam dunia ini semua asalnya dari sana (Indonesia).
“Saya tidak rasa saya lebih baik daripada mereka cuma saya tak boleh berdebat dengan orang yang tidak bersedia untuk mendengar,” katanya menerusi X.
Hal itu tercetus selepas seorang cef dari Indonesia mendakwa nasi kandar air tangannya lebih asli berbanding buatan Malaysia yang agak berpasir.
Rata-rata orang Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan demikian kerana nasi kandar merupakan juadah asal Pulau Pinang.
Ada segelintir pihak juga sudah lali dengan perangai sesetengah orang Indonesia yang suka menuntut sesuatu atau perkara sebagai hal mereka tanpa usul periksa.
“Kita tak pernah tuntut nasi padang daripada negara kita tetapi mereka dakwa nasi kandar milik mereka,” kata pengikut.
“Buang masa sahaja bergaduh. Sampai tahap ini, saya tidak kisah apa sahaja yang mereka mahu tuntut,” ujar netizen. –HIBGLAM