PETALING JAYA – Individu yang mendakwa dirinya kekasih gelap penyanyi sensasi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menzahirkan rasa syukur apabila kemelut hubungan mereka berakhir secara baik.
Sarah berkata, penyelesaian secara baik telah dicapai oleh dia dan Aliff untuk perkara tersebut.
“Saya gembira untuk memaklumkan bahawa kami telah mencapai penyelesaian secara baik.
Seperti yang mungkin anda ketahui, Aliff dan saya telah terlibat dalam perbalahan undang-undang sejak April 2024 berhubung permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.
“Kini, kami telah mencapai penyelesaian secara baik melalui pengantaraan di Kluster Penyelesaian Pertikaian Mahkamah Negeri dan telah bersetuju untuk meletakkan perbezaan kami di belakang kami,” katanya dalam Instagram.
Mengulas lanjut, Sarah turut berterima kasih di atas segala sokongan yang diberikan pihak luar terhadap dirinya.
Oleh itu, perkara itu kini telah dimuktamadkan dengan baik.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah menyatakan galakan dan sokongan mereka untuk saya sejak beberapa bulan lalu.
Saya juga berterima kasih atas semua kasih sayang daripada rakan, keluarga dan penyokong. Saya gembira kerana perkara ini telah selesai,” tambah Sarah.
Untuk info, Sarah sebelum ini menerima notis daripada mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang pendedahan dalam media sosial.
Ini termasuklah dia tidak dibenarkan memberi komen mengenai temu bual aktor berkenaan yang dimuat naik di saluran YouTube The Common Folks pada Mei lalu. – HIBGLAM