Kekasih muda 11 tahun, Kim Jong-min bahagia

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Kim Jong-min mengejutkan ramai peminat apabila mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita 11 tahun lebih muda daripadanya.

Ujar jejaka berusia 44 tahun itu, hatinya kini berbunga riang dan serasi dengan wanita berkenaan meskipun sering menjadi bahan gurauan teman rapat yang menyifatkan dirinya miang.

“Ya betul, saya sedang mengenali seorang wanita. Dia menerima segala kekurangan saya malah menjaga makan minum saya seperti bayi.

“Dia lebih muda daripada saya, jarak umur kami 11 tahun. Dia juga tidak keberatan mencintai saya meski saya jauh lebih tua daripadanya. Pendek kata, dia terima saya seadanya,” kongsinya menerusi satu rancangan temu bual. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok