Jualan album Le Sserafim merudum

BARU-BARU ini, kumpulan Le Sserafim melancarkan album berjudul Crazy.

Bagaimanapun, kontroversi persembahan di Coachelle memberi kesan besar terhadap jualan album terbaharu itu apabila menunjukkan penurunan mendadak daripada album terdahulu.

Namun, ada yang mendakwa penurunan itu mungkin disebabkan isu teknikal dalam laman Hanteo iaitu carta yang merekodkan jualan album.

Hakikatnya, video muzik bagi lagu Crazy mendapat sambutan hangat dengan meraih 15 juta tontonan sehari. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok