Jo Bo-ah akhiri zaman bujang hujung tahun

SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, pelakon Jo Bo-ah akhirnya bakal menamatkan zaman solo penghujung tahun ini.

Pun begitu, aktres berusia 33 tahun itu tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya.

Berita gembira tersebut turut disahkan syarikat pengurusannya, Sidus HQ yang berharap peminat mendoakan yang terbaik.

“Bo-ah sudah bertemu lelaki yang tepat, malah mereka saling mencintai.

“Dia memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup bersama bakal suaminya dan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada musim luruh akan datang,” ujar wakil agensi. 

Sidus HQ dalam kenyataan sama memberitahu pasangan romantik berkenaan akan disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Seoul yang hanya dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga.

Bakal suami aktres jelita itu bukan dalam kalangan selebriti sebaliknya lelaki biasa. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok