‘Jangan libatkan mak aku, tolong pakai otak’

BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha bengang apabila ada netizen cuba mengaitkan ibunya yang sedang sakit dengan bekas kakak iparnya, Rita Rudaini.

Zaquan atau nama lengkapnya Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak, 37, berkongsi tangkap layar netizen berkenaan yang disifatkan sengaja mencetuskan provokasi.

Menerusi mesej yang dihantar melalui Instagram, netizen tersebut bertanya sama ada ibu Zaquan mahu bertemu dengan cucu-cucunya yang merupakan anak kepada Rita Rudaini.

Mak tak nak tengok cucu daripada Rita ke? Kasihan Rita banyak memendam rasa. Semoga ada keajaiban untuk mak awak,” tulis netizen tersebut.

Disebabkan mesej itu, Zaquan yang juga merupakan suami kepada pelakon Ayu Raudah menyelar netizen tersebut.

“Boleh tak kau tolong hormat privasi orang. Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur. Jaga rumah tangga kau sudah.

Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang. Kalau tak tahu cerita sebenar, tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan nanti bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap bukan-bukan fasal kau.

“Aku memang pantang kalau libatkan mak aku. Kalau nak nasihat atau bercakap tolong pakai otak. Bodoh punya manusia,” tulis Zaquan dalam InstaStory.

TANGKAP layar teguan Zaquan yang kurang senang dengan kiriman mesej seorang netizen.

Sebelum itu Zaquan yang juga merupakan adik kembar kepada bekas suami Rita iaitu Aidil Zafuan telah berkongsi video ibunya yang terlantar sakit menerima rawatan di sebuah hospital.

“Terima kasih yang mendoakan kesihatan mak saya. Maaf kepada yang mesej bertanya tetapi saya tak sempat nak balas.

Alhamdulillah mak dah sedar dan stabil tetapi masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Pagi ni mak suruh bawa makanan. Rezeki saya dapat suapkan makan untuk mak.

“Terima kasih kepada adik-beradik lain yang sama-sama pikul tanggungjawab ini. Insya-Allah selagi mak ada sama-samalah Kita buat yang terbaik untuk dia. Ini bahagian kita anak-anak,” tulisnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok