Jadi pelajar sangat melelahkan – Diana Danielle

BERGELAR pelakon, ibu, isteri dan pelajar dalam satu masa, pelakon Diana Danielle mengakui dirinya sukar memberikan tumpuan terhadap pengajian.

Ujar Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Beeson, 33, kehidupan sebagai mahasiswa sangat mencabar sehingga rasa  tiada semangat untuk menyiapkan tugasan.

Sangat melelahkan bila menjadi seorang pelajar. Dari segi pengurusan masa, tugasan dan bacaan, semua itu memang perlukan segunung usaha.

“Dan yang paling ‘best’, saya langsung tiada motivasi.

Makin banyak tugasan perlu hantar kerja, makin banyak saya tidur,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Mengakui banyak perkara perlu dikorbankan, pelakon filem Imaginur itu mendedahkan dirinya kini semakin jarang menghabiskan masa untuk bersosial disebabkan terlampau sibuk belajar.

Bahkan isteri kepada pelakon Farid Kamil itu turut menyamakan tahap kepayahan yang dilalui kini sama seperti ibu yang sedang menjaga bayi baru lahir.

Saya dah jarang keluar, pertama mungkin sebab terlalu banyak fikir sampai tak boleh bersosial.

“Kedua memang sengaja buat begitu supaya saya tak habiskan tenaga belajar.

Saya rasa macam jadi ibu kepada bayi yang baru lahir,” kongsinya.

Pada Januari lalu, Diana memberitahu dia memulakan pengajian dalam dua bidang serentak iaitu Biologi Kimia dan Psikologi serta Pengurusan Perniagaan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana mahu meneruskan impian yang selama ini tertangguh akibat sibuk dengan karier. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok