Ibu Shila Amzah hadiri majlis akikah cucu

HUBUNGAN penyanyi Shila Amzah dengan ibunya, Fauziah Sarman kembali jernih apabila dilihat berkumpul dalam sebuah majlis keluarga.

Bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala itu menghadiri majlis akikah cucunya, Rhea Akira yang merupakan anak kedua kepada pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 34, semalam.

Selain Fauziah, penyanyi Syada Amzah yang juga adik kepada Shila turut kelihatan di majlis tersebut.

Oktober tahun lalu, krisis dalaman keluarga Shila bermula selepas Syada membuat luahan mencari rumah sewa kerana mendakwa bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.

Menjelaskan keadaan, anak sulung daripada empat bersaudara itu membuat balasan dalam sesi siaran langsung Instagram mendedahkan pelbagai perkara termasuk bekerja pada usia muda, selain pernah dikasari Syafiq yang juga abang penyanyi itu.

Ibu kepada dua anak itu turut memperincikan penjualan rumah banglo miliknya serta sikap sebenar Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka pula tampil bersuara sekali gus  menghangatkan lagi konflik berkenaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok