‘Heart might explode’ – Ameera Khan tayang kekasih di London?

PEMPENGARUH media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila berkongsi foto bersama seorang lelaki misteri dalam Instagram.

Ameera yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu dilihat telah berkongsi beberapa foto dengan lelaki tersebut di London. Turut kelihatan gambar sejambak bunga ros merah.

Heart might explode”, tulisnya di kapsyen.

Tanpa mendedahkan wajah lelaki tersebut, ramai yang meneka bahawa individu tersebut merupakan kekasih Ameera.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh kakak Ameera iaitu Atisha, dia mendedahkan nama lelaki tersebut bermula dengan huruf A.

See you for dinner A & A ,” komen Atisha pada hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, ada netizen mendakwa lelaki tersebut dikenali sebagai Aref dan tinggal di London.

Ada juga netizen yang meneka lelaki tersebut Teme Abdullah berdasarkan cara dia bergambar tidak mendedahkan wajah.

Sebelum ini Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, pernah mendedahkan bahawa dia mempunyai teman lelaki yang tinggal di London.

Pendedahan itu dibuat selepas dia didakwa bercuti bersama pelakon popular, Meerqeen di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Disebabkan itu, Ameera tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui dia sudah mempunyai teman lelaki dan Meerqeen bukanlah kekasihnya seperti yang didakwa netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok