DIKECAM teruk gara-gara penahanan ibunya atas dakwaan mengendalikan pusat perjudian secara haram, pelakon Han So-hee tampil mempertahankan diri.
Ujar aktres berusia 29 tahun itu, dia sendiri tidak tahu menahu bahawa ibunya ada membuka perniagaan tersebut termasuk berita penahanan yang tersebar.
“Tindakan itu adalah urusan peribadi ibu dan saya hanya mengetahui tentang hal ini pun melalui laporan media.
“Sebagai anak sudah tentu saya berasa sangat kecewa,
“Ingin kami tegaskan kedai judi haram itu tiada kena mengena dengan saya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pihak berkuasa dilaporkan menahan seorang wanita dalam lingkungan usia 50 tahun sebelum mengesahkan wanita dikenali sebagai Shin itu adalah ibu kepada pelakon terbabit.
Shin didakwa menjalankan perniagaan haram tersebut sejak 2021 di 12 buah lokasi berbeza. – HIBGLAM