Guna pengering rambut, Niel kena tumbuk

GARA-GARA berbalah mengenai pengering rambut, penyanyi Niel mengakui pernah ditumbuk bekas ketua kumpulan Teen Top iaitu CAP.

Kongsi anggota kumpulan Teen itu, CAP tidak berpuas hati apabila dia mahu menggunakan alat tersebut sebelum menumbuk mukanya sehingga menyebabkan kecederaan.

Difahamkan, CAP sedang mengeringkan kaki menggunakan pengering rambut, yang kemudian Niel mengambil alat tersebut untuk mengeringkan rambutnya.

Salah faham tersebut bagaimanapun tidak berpanjangan apabila mereka berdamai selepas keluar makan bersama.

Disebabkan insiden terbabit, pemilik nama asal Ahn Daniel itu muncul dalam sebuah program televisyen dalam keadaan bibir bengkak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok