TIADA angin tiada ribut, nama pelakon Ahn Se-ha meledak dalam media sosial apabila dituduh membuli rakan-rakan ketika di sekolah menengah.
Enggan spekulasi terus bertebaran, agensi lelaki berusia 38 tahun itu, Hunus Entertainment menafikan dakwaan tersebut dan ingin mengambil tindakan undang-undang.
Dakwaan keganasan di sekolah terhadap Se Ha tidak berasas. Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan akan bertindak balas dengan tegas terhadap penyebaran maklumat palsu,” katanya.
Sebelum ini, seorang individu menulis dalam akaun media sosialnya mendakwa dia pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan Se-ha dan menuduh pelakon itu membulinya.
Penulis itu turut memperincikan beberapa insiden Se-ha didakwa menderanya secara lisan, mengugut dengan pecahan kaca dan memaksanya untuk bergaduh. – HIBGLAM