Deepika Padukone selamat lahirkan bayi perempuan

PASANGAN pelakon Bollywood terkenal, Deepika Padukone dan Ranveer Singh berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Pasangan popular itu memaklumkan bayi perempuan mereka dilahirkan di sebuah hospital di Mumbai semalam menerusi Instagram.

“Selamat datang anak perempuan,” kongsi pasangan itu dalam sebuah hantaran Instagram mereka.

Rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah selain berkongsi perasaan teruja dengan kelahiran puteri mereka.

“Tahniah,” tulis ringkas aktres Kriti Sanon.

“Tahniah atas kehadiran puteri kecil yang cantik dalam keluarga kalian,” ujar pelakon Priya Adivarekar.

Februari lalu, pasangan sensasi itu berkongsi tentang kehamilan permata hati pertama mereka kepada umum.

Awal bulan lalu pula, aktres filem Pathaan itu berkongsi gambar menunjukkan ‘baby bump’ seakan memberi bayangan akan bersalin dalam masa terdekat.

Deepika dan Ranveer berkahwin dalam majlis tertutup di Lake Como, Itali pada 2018. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok