Bukan masa terbaik untuk ada teman wanita – Amir Masdi

JADUAL kerja terlalu padat antara punca penyanyi Amir Masdi belum sedia mencari pasangan hidup.

Amir atau nama lengkapnya, Amir Syazwan Masdi, 27, berkata, fokusnya kini lebih kepada melakukan persediaan melancarkan album baharu yang dijadualkan Oktober depan.

“Belum masanya lagi untuk ada kekasih sebab saya mahu fokus kepada pembikinan album dahulu.

“Saya pun terlalu sibuk siapkan lagu, masuk studio dan penuhi undangan persembahan selain buat kerja di pejabat. Macam semua tahu, perbelanjaan saya keluarkan sendiri.

“Jadi daripada situ saya terfikir kalaulah saya ada teman wanita, mungkin ini bukan masa terbaik sebab sekarang masa untuk kerja,” katanya kepada HibGlam semasa Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka, baru-baru ini.

Ditanya sama ada didekati mana-mana wanita, pelantun lagu Sengaja itu tidak menyedari perkara tersebut kerana terbuka berkawan dengan semua orang.

“Saya pula jenis berkawan dengan semua orang. Saya tidak tahulah kalau ada orang cuba mendekati saya atau tidak.

“Kalau berkawan itu adalah cuma yang istimewa tiada lagi. Mungkin dah habis jelajah album, rasa relaks mungkin baru nak cari,” ujarnya.

Sebelum ini, Amir pernah memaklumkan tidak menetapkan kriteria tertentu dalam mencari wanita untuk dijadikan kekasih.

Amir pernah digosipkan dengan penyanyi Shila Amzah kerana dikatakan serasi dan mesra apabila sering dilihat aktif bermain badminton yang turut disertai beberapa artis lain juga. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok