Aya Rayana nama puteri sulung MK

SELEPAS sebulan menimang cahaya mata perempuan, penyanyi dan pelakon MK akhirnya terbuka berkongsi nama puteri kesayangannya itu.

Menerusi perkongsian dialam Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, menamakan anaknya Aya Rayana.

“Aya bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah.

“Rayana bermaksud pintu syurga,” kongsinya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan memuji nama pilihannya.

Pada masa sama, netizen turut menitipkan doa buat si kecil itu  agar membesar sebagai anak yang solehah.

“Masya-Allah, semoga menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat.

“Assalamualaikum Aya Rayana, semoga sihat selalu dan menjadi anak yang solehah dan orang baik seperti ayah dan ibu,” antara komen netizen.

Pada 3 Ogos lalu MK memaklumkan isterinya, Siti Hajar selamat melahirkan anak sulung mereka.

MK dan Siti Hajar sah bergelar suami isteri pada 16 Jun tahun lalu dalam majlis yang berlangsung di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu, Ampang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok