Anak jadi imam, sejuk perut ibu mengandung

SEJUK perut ibu mengandung, anak sulung Abby Abadi dan Norman hakim menjadi perhatian apabila mengimamkan solat jemaah di rumah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa selebriti tempatan termasuk Neelofa, PU Riz dan pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar.

Dalam pada itu, Norman mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim yang mewakilkan diri menjadi imam ketika solat berjemaah.

Momen tersebut meraih pujian netizen yang turut mendoakan anak sulung daripada tiga bersaudara itu menjadi anak yang soleh dan taat kepada orang tua.

Ada juga dalam kalangan pengikut laman sosial aktor terbabit mengusik mahu menjadikan Danish sebagai calon menantu.

MIZZ LAHAR: Harap hubungan Abby Abadi dan anaknya Marissa Dania kembali jernih.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok