Bagai menipu diri sendiri, pelakon Ammar Alfian menempelak segelintir individu yang menganggap fizikal gemuk sebagai perkara positif sedangkan realiti sebenar sangat berlawanan.
Ujar Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, pihak yang membawa agenda seperti itu tidak sepatutnya mempengaruhi insan sekeliling untuk terus hidup dalam penafian.
“Saya ada masalah dengan individu gemuk yang nak mengetengahkan agenda ‘fat positivity’ kepada orang ramai.
Kepada ‘fatluencer’, kalau awak nak buat itu untuk diri awak sendiri tak mengapa. Tapi jangan mempengaruhi orang lain.
“Ramai orang mahu cuba untuk hidup sihat tapi awak kata ‘tak apalah, sayangilah badan gemuk awak itu’. Cakap sahaja awak itu pemalas, tak perlu untuk tarik semua orang bersama awak,” katanya menerusi sebuah audio siar
Pelakon filem Paskal itu berpendapat generasi kini berbeza dengan dahulu, malah terlebih sensitif terhadap semua perkara.
“’Fat positivity’, itu tidak sihat bukan? Tapi awak kata itu sihat. Adakah itu mesej yang baik untuk disebarkan.
Dulu boleh panggil orang lain gemuk. Sekarang semua orang macam takut. Saya bagi contoh situasi. Kalau dulu kena pukul dengan cikgu, kita takut nak beritahu ibu bapa.
“Kita akan dipukul lagi kalau beritahu ibu dan bapa,” katanya.
Rata-rata netizen senada dengan Ammar selain menyifatkan pemikiran seperti itu adalah satu ideologi karut. – HIBGLAM