Amir Ahnaf kunci mulut isu ‘playboy’

NAMA pelakon Amir Ahnaf sebelum ini hangat diperkatakan apabila ada wanita yang mengaku sebagai kekasih, bekas kekasih dan bermacam lagi. 

Pengakuan yang dibuat dalam media sosial pada akhir bulan lalu secara tidak langsung membuatkan dia dikecam. 

Selain daripada pengakuan wanita ‘misteri’ itu, Amir turut dikaitkan dengan salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Angel. 

Meskipun kedua-duanya mengakui sekadar teman biasa, tetapi ada pula netizen yang ‘memberi restu’ sekiranya mereka berdua dijodohkan. 

Tetapi, sehingga ke hari ini masih tiada penjelasan mengenai kesahihan mengenai dakwaan wanita itu. 

Tindakan Amir yang mendiamkan diri itu membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai dakwaan wanita terbabit. 

Ada juga yang mengharapkan agar Amir mengeluarkan kenyataan dan tidak membiarkan peminat turut berteka-teki. – HIBGLAM

Diva: Diva tumpang gembira dengar Syamsul Yusof kembali bertemu dengan kedua-dua orang tua setelah sekian lama tidak bertemu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok