5 tahun Seol In-ah telan ubat tidur

MESKIPUN sentiasa kelihatan ceria, siapa sangka pelakon Seol In-ah rupa-rupanya menderita penyakit insomnia.

Aktres berusia 28 tahun itu mendedahkan dia terpaksa mengambil pil tidur bagi membantunya melelapkan mata pada waktu malam sejak lima tahun lalu.

Enggan terlalu bergantung dengan pil tidur, dia pernah cuba berhenti namun kesannya tidak boleh tidur selama empat hari.

Dalam masa sama, pelakon drama Twinkling Watermelon itu memaklumkan sistem pertahanan badannya juga mula merosot akibat terlalu banyak bergantung kepada ubat-ubatan.

Malah, selepas berjumpa pakar, dia diberi 24 pil ubat sehari bagi mengurangkan masalah kulit yang dihadapi akibat sukar tidur. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok