1,000 minyak bayi dirampas di kediaman P. Diddy

PEGUAM mewakili penyanyi rap sensasi, Sean ‘Diddy’ Combs iaitu Marc Agnifilois tidak mengetahui sebab anak guamnya menyimpan sebanyak 1,000 botol minyak bayi seperti yang dirampas di kediamannya baru-baru ini.

Menurut Agnifilois, pada asalnya juga tidak mengetahui jumlah sebenar botol berisi minyak bayi yang disimpan Diddy dan hanya dimaklumkan selepas rampasan dilakukan.

“Saya tidak tahu dari mana angka 1,000 itu datang.

“Saya juga tidak dapat bayangkan jumlahnya mencecah ribuan botol,” katanya dalam dokumentari The Downfall of Diddy: The Indictment.

Dalam pada itu, dia juga tidak pasti apakah kaitan dan penggunaan minyak bayi tersebut dengan aktiviti ‘haram’ yang didakwa dilakukan Diddy.

“Sebenarnya saya pasti apa kaitan minyak bayi dengan semua ini.

“Saya juga tidak tahu apa yang keperluan memiliki sebanyak 1,000. Satu botol minyak bayi sahaja sudah cukup tetapi mengapa perlukan sehingga 1,000,” ujarnya.

Ketika ini, Diddy yang ditahan atas dakwaan pemerdagangan seks, kegiatan parti seks bebas dan pemerasan dan pelacuran pada 16 September lalu sedang dipantau rapi di penjara New York. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok