10 tahun penantian, Sungmin timang anak sulung

SEDEKAD mendirikan rumah tangga, akhirnya ahli kumpulan Super Junior, Sungmin dan isterinya, Kim Sa-eun dikurniakan cahaya mata sulung.

Khabar gembira tersebut disahkan agensi pemilik nama lengkap Lee Sung-min iaitu SM Entertainment yang memaklumkan pasangan itu menimang bayi lelaki.

“Pasangan ini menyambut kelahiran anak lelaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak menunggu masa lama, penyanyi berusia 38 tahun itu memuat naik beberapa gambar puteranya dalam Instagram.

Julai lalu, Sungmin berkongsi berita kehamilan isteri selepas lama menantikan permata hati mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok