Yoo Jae-suk dipuji, artis bebas kontroversi

PADA saat deretan artis Korea lain diseret pelbagai kontroversi tanpa pencapaian, pengacara sensasi, Yoo Jae-suk dihujani pujian dek pelbagai kejayaan tanpa bersandar gosip murahan.

Bukan itu sahaja, ramai netizen bersetuju sekiranya bintang Running Man itu diangkat sebagai ikon selebriti Korea Selatan selain patut diberi penganugerahan selayaknya.

“Dalam pada ramai idola dan deretan selebriti buat macam-macam kontroversi, saya nampak Jae-suk sahaja yang terkenal tanpa cerita aneh-aneh. Dia ‘naik’ sememangnya kerana bakat,” kata netizen.

“Yoo Jae-suk selayaknya jadi ikon artis Korea Selatan. Bebas kontroversi murahan dan sarat pencapaian membanggakan,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok