[VIDEO] Provokasi punca Hafiz Suip ditumbuk

Penyanyi Hafiz Suip didakwa ditumbuk seorang lelaki di Kuching, Sarawak petang tadi selepas didakwa terbabit dalam pergaduhan akibat provokasi di jalan raya.

Saksi kejadian, Uthman Daud memaklumkan pertelagahan menjadi semakin besar selepas Hafiz dan individu berkaitan berhenti di tengah jalan sebelum berlakunya pertengkaran.

“Assalamualaikum. Mungkin ada yang dah tengok video tular pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas solat Jumaat tadi.

“Video tersebar hanya sekejap, biarlah saya terangkan kronologi. Selepas solat kami dalam perjalanan untuk membeli hamper ziarah rumah keluarga peminat Hafiz Suip yang meninggal dunia kerana semalam adalah hari ke-100 pemergiannya.

Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan ‘mencucuk’ dari belakang. Maka, provokasi pun berlaku antara kedua-dua pihak.
Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut berhentikan kereta kami. Kedua-duanya marah dan keluar dari kenderaan,” katanya menerusi perkongsian Facebook.

Usai pertengkaran, pelantun lagu Awan Nano dan juga Uthman yang menaiki satu kenderaan dengan Hafiz turut terkena serangan semburan cecair pemedih mata.

Tiba-tiba pemandu itu menyembur muka Hafiz dengan cecair pemedih mata. Saya cuba leraikan keadaan tetapi pemandu itu masih meluru ke arah Hafiz.

“Dalam keadaan saya cuba leraikan, muka saya juga disiku dan disembur cecair sama, jadi saya pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” ujarnya lagi.

Bagi keselamatan diri, Uthman yang dipercayai rakan kepada Hafiz kini sedang menerima rawatan di hospital susulan kejadian selain melakukan laporan polis.

Selepas itu, kami ke balai polis untuk membuat laporan dan sekarang masih di hospital bagi menerima rawatan kerana kulit masih pedih hingga kini,” jelasnya.

Hari ini, video yang memperlihatkan kelibat pemilik nama lengkap Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, ditumbuk seorang lelaki tular dalam aplikasi X.

Menerusi video tular tersebut, Hafiz dilihat menghentak but hadapan sebuah kereta yang dipercayai milik lelaki terbabit sehingga membuatkannya ditumbuk. -HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok