[VIDEO] Nidza Afham tiada musuh, tak pernah timbulkan masalah – Ibu

IBU kepada penyanyi dan YouTuber, Nidza Afham iaitu Irni Yusmira yang didakwa hilang sejak semalam berharap anak lelakinya itu ditemui segera dalam keadaan selamat.

Menurut Irni atau nama penuhnya, Irni Yusmira Istihat, 54, ahli keluarga termasuk adik-beradik Nidza kini berpecah dalam misi mencari penyanyi tersebut di beberapa kawasan sekitar Klang.

“Setakat pagi tadi, adik-beradik sudah semak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di persekitaran stadium iaitu lokasi Afham joging.

Hasil semakan, memang ada kelibat Afham dalam CCTV sekitar pukul 9 malam di bangunan berdekatan stadium.

“Ada satu rakaman memaparkan dia memegang botol air dipercayai selepas joging,” katanya kepada media secara virtual hari ini.

Ditanya sama ada anak lelakinya mempunyai musuh, Irni menafikan hal tersebut dan menyifatkan Nidza sebagai anak yang baik.

Nidza Afham tiada musuh dan memang tidak nampak langsung ke arah itu. Sebelum joging, saya ada program di Tanjung Karang dan dia keluar rumah lepas Maghrib, memang tak jumpa.

“Selalunya dia akan maklumkan kepada saya kalau hendak pergi mana pun tetapi kali ini tidak,” ujarnya.

Berkongsi keadaan dan emosi seluruh keluarga, Irni berkata mereka kini berusaha dan berdoa agar Afham ditemui segera.

“Pastinya kami sangat terkejut, tambahan pula dia tak pernah timbulkan masalah, baik dan seorang yang tenang.

Adik-beradik semua berusaha untuk cari dia. Adik bongsu pun bersungguh-sungguh cari abang dia.

“Memang sedih dan menangis pun sudah dan kami tak berhenti berdoa termasuk kawan-kawan.

Harap dia dijumpai secepat mungkin dalam keadaan selamat dan harap tiada apa-apa yang berlaku pada dia,” katanya lagi. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok