SUDAH habis air mata nak menangis.”
Itu respons penyanyi, Aufahanie berkongsi perasaan sebaik mendapat khabar duka penemuan mayat abangnya, Allahyarham Nidza Afham yang ditemui berhampiran jambatan Sungai Klang, Klang hari ini.
Aufa yang ditemui di pekarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, berkata, penemuan mayat Nidza dimaklumkan kepada keluarganya sekitar pukul 7 malam tadi.
Saya terima berita tentang penemuan mayat arwah abang sekitar pukul 7.45 malam tadi dan terus bergegas ke Sungai Klang.
“Jenazah abang ditemui orang awam dan mereka maklumkan kepada pihak polis sebelum beritahu kepada ahli keluarga,” katanya kepada HibGlam .
Hilang kata-kata untuk berkongsi perasaannya, Aufahanie mendedahkan hubungan dengan dengan Allahyarham sangat rapat.
Saya memang sangat rapat dengan dia. Sejak semalam lagi saya tak tidur, makan pun belum.
“Dalam tujuh beradik, saya nombor enam dan dia anak kelima. Kami berdua memang kawan baik,” ujarnya.
Menurut penyanyi itu lagi, Allahyarham juga tidak menunjukkan sebarang tanda atau perilaku pelik sebelum meninggal dunia.
Selepas ibu bapa berpisah, abang tinggal dengan ibu dan dialah yang menjaga ibu sehingga akhir hayat. Dalam tujuh beradik dialah yang paling baik.
“Tidak nampak sebarang tanda dia akan pergi buat selamanya.
Keluarga akan berbincang sama ada untuk meneruskan bedah siasatan sekiranya ada unsur jenayah. Kasihan kepada arwah kalau lalui proses bedah siasat,” ujarnya lagi.
Hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat seorang lelaki ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang adalah Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, di sini semalam.
Pengesahan dibuat berdasarkan jersi yang masih ada pada badan mayat.
Jenazah Nidza dihantar ke Hospital Shah Alqm sekitar 10 malam untuk bedah siasat dan pengecaman. – HIBGLAM
View this post on Instagram